English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumat, 01 Januari 2010

KehendakMu jua yang pasti berlaku

Wahai pemilik yang memiliki segalanya..
Tiada suatu yang nyata dan tak nyata itu bukan milikMu..
MilikMu jua segala yang zahir dan batin dari mata kami..

Wahai pemilik yang memiliki segalanya..
Kau hadirkan kehendak dalam diri aku..
Untuk aku menyaksikan KehendakMu yang pasti berlaku..
Aku berserah kepada kehendakMu..
KehendakMu menjadi takdir bagi diriku..
Aku redha menurut kehendakMu ke atas diriku..
Tiada upaya aku menentang kehendakMu..
Tiada upaya aku melawan kehendakMu..
Walau sejuta usaha kuhadirkan agar kehendakku tercapai..
KehendakMu jua yang pasti berlaku..
Aku berserah kepada kehendakMu..
Aku berdoa… aku bermohon… aku bermunajat…
PadaMu yang berkuasa ke atas segala yang berkehendak…
Agar kehendakku menjadi KehendakMu (3x)…
KehendakMu jua yang pasti berlaku…
Tiada upaya aku… ENGKAUlah segalanya.

Reactions:

0 comments:

Posting Komentar

Assalamualaikum.. Temen2 jangan lupa Komentar na ^_^

Alquran @ HamdaniSekumpul