English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Minggu, 28 Agustus 2011

Menjelang Akhir Ramadhan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Segala puji bagiMu ya Rabb… yang masih memberi peluang kepada kami menghirup udaraMu, Tanpa jemu Kau membiarkan kami menikmati semua nikmat-nikmatMu ya Allah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang mulia, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi-tabi’in.
Hadis Rasulullah yang berbunyi :Dan ia ( Ramadhan) adalah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah ( ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Focus perkongsian kita pada kali ini ialah Fasa akhir Ramadhan yang hanya akan muncul dalam beberapa hari saja lagi. iaitu Fasa Pelepasan dari neraka.
Ya, di akhir Ramadhan adalah fasa dilepaskan diri daripada api neraka. Persoalannya disini, apakah perasaan kita apabila Allah mengatakan akan melepaskan kita dari neraka?
Tak rasa apa-apa? Kenapa duhai teman? Mengapa kita tidak merasa gembira dan bahagia?
Sedangkan apabila kita dilepaskan daripada saman sebagai contoh apa perasaan kita? Bayangkanlah kalian hampir-hampir kena saman tapi dengan budi bicara polis traffic, kalian dilepaskan daripada kena saman. Apa yang kalian rasa? Gembira bukan? Selamat duit aku…hee
Tapi, mengapa kita tidak merasa apa-apa dengan janji Allah? Bukankah dilepaskan dari neraka bermakna dimasukkan dalam syurga?
Kini, ramadhan telah masuk akhir fasa kedua iaitu fasa maghfirah. Pejam celik kita sudah hampir ke penghujung Ramadhan. Sudah hampir ke fasa akhir iaitu pelepasan daripada neraka. Tidak terujakah kalian?
Bagaimana amalan-amalan kalian di pertengahan Ramadhan ini? Bagaimana ibadah-ibadah kalian menjelang akhir Ramadhan? Semakin meningkat atau semakin surutkah?
Kalian tidak mahu mengejar maghfirahNya?
Kalian tidak mahu dilepaskan dari neraka?
Kalian tidak mahu masuk Syurga?
Sudah tentu mahu bukan? Oleh itu, duhai teman-teman sekalian, marilah kita sama-sama meniupkan semula aura ibadah dalam diri kita. Mari kita sama-sama memburu maghfirah Allah, Marilah kita berusaha agar kita tergolong dalam kalangan mereka yang dilepskan dari neraka.
Moga syurga milik kita. Amin ya Rabbal Alamin.
Tapi harus diingat, Syurga Allah itu hebat dan hanya menerima mereka yang hebat-hebat belaka. Hebatkah kita? Hebatkah amalan-amalan dan ibadah-ibadah kita? Cukupkah sudah amalan-amalan kita? Layakkah kita masuk syurga Allah yang hebat itu?
Ayuh duhai teman.. Bangkitlah daripada kelekaan dan kealpaan..! Sama-sama kita semarakkan akhir Ramadhan, sama-sama kita berusaha untuk memperhebatkan diri dan menambah nilai ibadah-ibadah kita di penghujung Ramadhan yang mulia ini.
Ramadhan semakin meninggalkan kita, mengapa harus kita Persia-siakannya?
Jika seseorang sudah diberitahu oleh doktor yang dia tidak punya banyak masa lagi untuk hidup, dia akan menghabiskan seluruh masanya dengan keluarga tersayang bukan?. Begitulah juga Ramadhan. Ramadhan tetamu yang kita sayangi ini semakin meninggalkan kita. Maka kita seharusnya menghabiskan seluruh masa kita untuk bersama dengan Ramadhan. Kita harus lebih menghargai Ramadhan. Kerana siapa tahu, mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat kita?

mujahidahfisabilillah-permata.blogspot.com

Reactions:

0 comments:

Poskan Komentar

Assalamualaikum.. Temen2 jangan lupa Komentar na ^_^

Alquran @ HamdaniSekumpul