Wahyu
pertama
Aisyah r.a.
-seperti yang diriwayatkan dalah Shahih Bukhari-berkata, awal permulaan wahyu
kepada Rasulullah saw. adalah mimpi yang benar. Beliau tidak melihat sesuatu
mimpi, kecuali mimpi tersebut datang seperti cahaya subuh. Kemudian beliau
menyendiri di Gua Hira untuk beribadah beberapa malam sebelum kembali ke
keluarganya dan mengambil bekal untuk kegiatannya itu sampai beliau dikejutkan
oleh kedatangan Malaikat Jibril pada saat berada di Gua Hira.
Malaikat Jibril
mendatangi beliau dan berkata, “Bacalah!” Rasulullah saw. menjawab, “Saya tidak
dapat membaca.” Beliau mengatakan, lal malaikat itu memegang dan mendekapku
sampai aku merasa lelah. Kemudian ia melepaskanku dan megnatakan, “Bacalah!”
Aku menjawab, “Aku tidak dapat membaca!’ Malaikan itu mengulanginya untuk yang
ketiga sambil mengatakan, “Iqra’ bismi rabbikal ladzii khalaq; bacalah, dengann
menyebut nama Rabbmu yang menciptakan.” (Al-’Alaq: 1)
Kemudian
Rasulullah saw. pulang. Kepada isterinya, Khadijah, beliau berkata, “Selimuti
aku, selimuti aku.” Lalu beliau diselimuti sampai rasa keterkejutannya hilang.
Kemudian beliau menceritakan apa yang terjadi kepada Khadijah. “Aku Khawatir
terhadap diriku.” Khadijah menjawab, “Tidak. Demi Allah, sama sekali Dia tidak
akan menghinakanmu selamanya. Sebab, engkau orang yang mempererat tali
persaudaraan dan memikul beban orang lain. Engkau orang yang menghormati tamu,
membantu orang yang susah, dan membela orang-orang yang berdiri di atas
kebenaran.”
Kemudian Khadijah
pergi bersama Nabi saw. menemui sepupunya, Waraqah bin Naufal. Waraqah pernah
menulis kitab Injil berbahasa Ibrani. Khadijah berkata, “Wahai anak pamanku,
dengarlah apa yang dikatakan oleh anak saudarmu.” Waraqah bertanya dan ketika
Rasulullah saw. menceritakan peristiwa yang dialaminya, ia berkata, “Itu adalah
Namus (Jibril) yang pernah diutus Allah swt. kepada Nabi Musa a.s. Alangkah
bahagianya seandainya aku masih muda perkasa. Alangkah gembiranya seandainya
aku masih hidup tatkala kamu diusir oleh kaummu.”
Rasulullah saw.
bertanya, “Apakah mereka akan mengusirku?” Waraqah menjawab, “Ya. Tidak seorang
pun yang datang membawa seperti yang kamu bawa kecuali akan diperangi.
Seandainya kelak aku masih hidup dan mengalami hari yang kamu hadapi itu pasti
aku akan membantumu sekuat tenagaku.”
Setelah itu,
selama tiga tahun lamanya Rasulullah saw. berdakwah secara rahasia. Hingga
kemudian turun surat Al-Hijr ayat 94 yang memerintahkan Rasulullah saw. agar
berdakwah secara terang-terangan. “Maka sampaikanlah olehmu secara
terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari
orang-orang yang musryik.”
Wahyu
terakhir

Diriwayatkan bahawa
surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari
Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu
Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun
Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan
makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar
pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun
malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan
agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian
juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan
beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan
kamu."
Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke
Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para
sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah
diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang
demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah
sempurna. Agama kila telah sempurna."
Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak
dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan
menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain,
maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata:
"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini
sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah
sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun
berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang
menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah
sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat
tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan
dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka
akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan
sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain,
maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka
lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah s.a.w.,
kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang
menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah
s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah
s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah
Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w. melihat
kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku,
kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata,
"YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini
membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya
Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikatakan
oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan
kamu semua telah dekat".
Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun
menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra.
berkata kepada Rasulullah s.a.w., 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul
pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul
saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah s.a.w. berkata:
"Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke
rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid
menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan
berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas
[diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan
mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah
di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah
diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau.
"Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta
tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w.
telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi:
"Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash
Rasulullah s.a.w.?" Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra.,
Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa
tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat
tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan
sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w.
tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar
kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata:
"Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun,
lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di
samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu
menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, "Wahai
Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan
mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata:
"Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu
Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun
berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah
s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya
sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju.
Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan
berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah
yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin
menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan
Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak
melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah
bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting
itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah
keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang
tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."
Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para
sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua
semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar
kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya.
Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan
dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya
di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku,
Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong
keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu
semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila
kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat
tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar
meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t.,
kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh
malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail
berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk
bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka
mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah
s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang
mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa
yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah
akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah
s.a.w. berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu
semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada
kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi
diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah
maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah
kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu
berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w.
bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering
diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah
s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin
penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan
azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya
Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam,
"Assalaarnualaika ya Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra.,
"Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal
ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid
tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak
lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi
salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh
Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, "Masuklah wahai Bilal,
sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan
solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar
kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil
meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar
tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak
dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang
keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa
ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah
berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin,
sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil
Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua
mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid
maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai
kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah
s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan
mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini
dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari
terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w.
pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat
lzrail a.s., "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan
sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu
melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya
maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah
kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu
kembali padaku."
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal
lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail
sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam,
"Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a
adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian,
wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila
Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba
Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini
seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu
itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab
badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk
sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa
menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai
Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah, "Tidak
ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan
segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang
memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat
menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan
ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah
s.a.w. mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah
kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku
akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan
malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap,
"Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk
mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya
adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau
izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata
Rasulullah s.a.w., "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?"
Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat
sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun
dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..
Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w.
pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat"
Berkata Jibril a.s., "Ya aku tahu" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi,
"Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi
Allah s.w.t" Berkata Jibril a.s., "Sesungguhnya semua pintu langit
telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua
pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti
kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang
kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril
a.s., "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,"Sesungguhnya aku
telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk
terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum
umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang
rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail,
mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai
tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibrila.s.
mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau
itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s.
berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu
dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata:
"Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah
bersabda,"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan
apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang
saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan
saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku,
umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril
a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat
ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor
ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan
tersebut akan menjadi batu."