Pages

Ads 468x60px

Bacaan (Lafaz) Niat Zakat Fitrah Idul Fitri

Selalu kita lafazkan ketika akan menunaikan rukun Islam yang ke tiga. Adapun urutan rukun islam yaitu:
  1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah utusan Allah” Dengan Syahadatain, yaitu, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s. w. t. dan Nabi Muhamad s. a. w. itu adalah utusannya.
  2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM, yaitu, dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s. a. w.
  3. MENGELUARKAN ZAKAT, yaitu, dengan zakat, kita mengabdikan diri kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya menurut agama.
  4. BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN, yaitu, dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam keperibadian kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s. w. t.
  5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH, iaitu, dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah bagi mereka yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Bacaan Niat Zakat Fitrah Idul Fitri untuk dirisendiri.
Bacaan Niat Zakat Fitrah Idul Fitri 2011 Untuk diri Sendiri
Niat zakat Fitrah Idul Fitri untuk diri sendiri
Dibaca    :  NAWAITU AN-UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘ANNAFSII FARDHAN LILLAHI TA’AALAA
Artinya  : Sengaja saya mengeluarkan zakat fitrah atas diri saya sendiri, Fardhu karena Allah Ta’ala
  • Bacaan Niat Zakat Fitrah Idul Fitri Untuk Istri.

Niat Zakat Fitrah Idul Fitri Untuk Istri Kita
 Dibaca    :  NAWAITU AN-UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘AN ZAUJATII FARDHAN LILLAHI TA’AALAA
Artinya  : Sengaja saya mengeluarkan zakat fitrah atas Istri saya, Fardhu karena Allah Ta’ala
  • Bacaan Niat Zakat Fitrah Idul Fitri untuk anak laki-laki atau perempuan.
zakat_fitrah_anak
Niat zakat Fitrah Idul Fitri untuk anak kita
Dibaca    :  NAWAITU AN-UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘AN WALADII… / BINTII… FARDHAN LILLAHI TA’AALAA
Artinya  : Sengaja saya mengeluarkan zakat fitrah atas anak laki-laki saya (sebut namanya) / anak perempuan saya (sebut namanya), Fardhu karena Allah Ta’ala
  • Bacaan Niat Zakat Fitrah Idul Fitri untuk orang yang kita wakili.
zakat_fitrah_orangtua_yang_kita_wakili
Niat zakat Fitrah Idul Fitri untuk Orang Tua
 Dibaca    :  NAWAITU AN-UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘AN (……) FARDHAN LILLAHI TA’AALAA
Artinya  : Sengaja saya mengeluarkan zakat fitrah atas…. (sebut nama orangnya), Fardhu karena Allah Ta’ala
  • Bacaan Niat Zakat Fitrah Idul Fitri untuk diri sendiri dan untuk semua orang yang ia tanggung nafkahnya.

zakat_fitrah_sendiri_dan_orang_yang_kita_nafkahi
Niat zakat Fitrah Idul Fitri untuk sendiri dan orang yang kita nafkahi

Dibaca    :  NAWAITU AN-UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘ANNII WA ‘AN JAMII’I MAA YALZAMUNII NAFAQAATUHUM SYAR’AN FARDHAN LILLAHI TA’AALAA
Artinya  : Sengaja saya mengeluarkan zakat atas diri saya dan atas sekalian yang saya dilazimkan (diwajibkan) memberi nafkah pada mereka secara syari’at, fardhu karena Allah Ta’aala

Imam Al-Ghazali dengan Adiknya dan Penjual Daging

Suatu ketika Imam Ghazali bersembahyang jemaah dengan adiknya. Imam Ghazali menjadi Imam manakala adiknya menjadi makmum. Tiba-tiba semasa bersembahyang, adik Imam Ghazali mufarakah (keluar daripada menjadi makmum) dan bersembahyang sendirian. Setelah selesai menunaikan sembahyang Imam Ghazali terus bertanya kepada adiknya:

“Mengapa ketika bersembahyang engkau meninggalkan aku dan bersembahyang sendirian” Lantas adiknya menjawab; “Bagaimanakah aku hendak bersembahyang denganmu. Aku lihat tubuhmu penuh bersalut darah. Lantaran itulah aku bermufarakah dan sembahyang sendirian”. Mendengar jawapan adiknya itu Imam Ghazali terus berfikir dan lantas teringat bahawa memang benar, pada ketika itu beliau sedang menulis tentang permasalahan haidh. Dan, memang benar juga, terdapat satu saat semasa beliau menunaikan sembahyang pemikiran beliau terbawa-bawa oleh apa yang sedang beliau tulis itu. Dan saat itu jugalah Allah zahirkan apa yang sedang beliau fikirkan itu ke mata adiknya sehingga adiknya melihat tubuh badannya dipenuhi dengan darah. Imam Ghazali terkejut lantas bertanya kepada adiknya; “Bagaimanakah kamu berupaya untuk melihat hal yang ghaib? Beritahulah kepadaku dari siapa kamu belajar ilmu ini”. Adiknya kemudian menjawab; “Engkau tidak layak belajar dengannya. Engkau orang yang masyhur, sedangkan guruku ini orang biasa sahaja”

Imam Ghazali terus mendesak sehingga akhirnya adik beliau bersetuju untuk membawanya berjumpa dengan gurunya itu. Di pasar, mereka mendatangi seorang penjual daging. Lalu adiknya memberitahu itulah guruku. Imam Ghazali terus berkata kepada penjual daging; ”Tuan, saya mohon untuk belajar ilmu dengan Tuan”. Penjual daging menggelengkan kepalanya lalu berkata; “Aku tidak ada ilmu untuk mengajar kamu”. Imam Ghazali merayu sekali lagi; “Ajarlah saya. Ajarkanlah saya ilmu yang Tuan tidak ada itu”. Penjual daging tetap enggan menunaikan keinginan Imam Ghazali itu. Akhirnya Imam Ghazali berkata kepada penjual daging tersebut; “Ajarlah saya. Saya serahkan diri saya kepada Tuan seumpama mayat menyerahkan diri kepada si tukang mandi”

Penjual Daging kemudian berkata; “Baiklah, tanggalkanlah jubah kebesaran kamu itu (jubah yang dipakai Imam Ghazali kerana beliau merupakan orang tertinggi di Universiti Nizamiyyah). Sapulah meja tempat aku memotong dan menjual daging ini dengan jubahmu itu.”. Tanpa berlengah lagi Imam Ghazali terus menunaikan kehendak penjual daging tersebut tanpa sedikitpun merasa terkilan. Setelah selesai, beliau berkata lagi kepada penjual daging; “Ajarkanlah aku ilmu”. Penjual daging kemudian berkata; ”Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh”. Tepat selepas Subuh keesokan harinya Imam Ghazali sudah sedia menanti si penjual daging di hadapan rumah. Sebaik sahaja melihat Imam Ghazali beliau terus menyuruhnya memotong rumput di kawasan rumah. Imam Ghazali terus akur tanpa terdetik di dalam hatinya sedikitpun rasa terhina. Selesai menyiapkan tugas yang dipinta oleh penjual daging, Imam Ghazali pun mendatangi beliau, lalu mengulangi kata-kata; ”Ajarkanlah aku ilmu”. Penjual daging berkata; ”Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh”. Sama seperti hari sebelumnya, sebaik-baik sahaja selepas Subuh Imam Ghazali sedia menunggu di hadapan rumah penjual daging. Melihatkan Imam Ghazali, penjual daging meminta pula beliau mencuci longkang di sekeliling rumahnya. Imam Ghazali tetap taat menuruti perintah penjual daging. Setelah selesai, Imam Ghazali berkata kepada penjual daging; ”Wahai Tuan, kerja yang Tuan suruh telah dilaksanakan. Ajarkanlah aku ilmu” Penjual daging berkata lagi; ”Baiklah, datanglah kembali selepas Subuh esok”. Keesokan harinya hal yang sama juga berlaku. Kali ini penjual daging meminta Imam Ghazali menimba najis dari tandas beliau. Tugas yang ini juga dilaksanakan tanpa terselit sedikitpun perasaan terhina dalam hati Imam Ghazali.Apabila selesai penjual daging tersebut berkata; “Segala ilmu yang kamu mahu telah kamu dapat. Pulanglah.”

Dalam perjalanan pulang Imam Ghazali terkejut kerana mendapati pandangannya telah tersingkap dan beliau dapat melihat hal-hal yang ghaib.

Debat Imam Abu Hanifah dengan Orang Atheis

Pada suatu hari,orang-orang atheis meminta kepada Imam abu Hanifah untuk
berdebat dengannnya, Dan mereka pun telah menentukan waktu yang tepat
untuk mengadakan perdebatan tersebut.

Ketika waktu yang telah ditentukan tiba,orang-orang atheis itu berkumpul
di suatu tempat yang telah dipenuhi oleh orang ramai, Akan tetapi, Imam
Abu Hanifah belum juga datang.

Mereka pun terpaksa menunggunya sehingga mereka merasa bosan.Bahkan,
Orang-orang atheis itu mulai membanggakan dirinya dan pengingkarannya
terhadap Allah Swt, kerana mereka beranggapan bahawa ketidak hadiran
Imam Abu Hanifah yang merupakan lawan debat mereka menunjukkan kelemahan
pendapatnya.

Ketika rasa bangga mereka hampir mencapai puncaknya dan ketika rasa
bosan para hadirin kerana menunggu kedatangan Imam Abu Hanifah hampir
mencapai puncaknya juga, tiba-tiba datanglah Imam Abu Hanifah.

Ia terus meminta maaf kepada para hadirin kerana kelewatannya. Ia
menjelaskan bahawa ia sebenarnya telah berusaha untuk datang tepat pada
waktu yang telah ditentukan.

Ia berkata,"Saya berada diseberang sungai Dajlah.Pada waktu itu, saya
tidak menemukan satu kendaraan pun untuk menyeberang sungai
tersebut.Maka,saya pun terpaksa menunggu lama.

Akan tetapi , setelah lama menunggu saya belum juga menemukan kendaraan
apa pun.

Saya hampir putus asa kerana tidak ada satu kendaraan pun yang datang
untuk mengantarkanku ke seberang sungai dan saya telah berniat untuk
kembali ke rumah.

Pada waktu itulah tiba-tiba saya melihat dari jauh ada beberapa potong
papan dari kayu datang dengan sendirinya.Dan ketika sudah sampai di
dekatku, tiba-tiba papan dari kayu itu saling mengikat satu sama lainnya
hingga menjadi sebuah perahu yang sangat bagus.

Maka, saya naik ke atas perahu itu sehingga saya pun sampai di seberang
sungai dan hadir di hadapan kamu.

Lalu, Orang-orang atheis itu bertanya,"Apakah engkau ingin mengejek kami
wahai Abu Hanifah?
Apakah mungkin papan-papan dari kayu itu datang dengan sendirinya lalu
membentuk sebuah perahu seperti yang telah engkau katakan?"

Imam Abu Hanifah pun menjawabnya,
"Inilah yang ingin saya perdebatkan dengan kamu.

Jika akal kamu tidak dapat menerima bahawa ada sebuah perahu yang
terbentuk dengan sendirinya,maka mengapa kamu mengatakan bahawa alam
semesta yang sangat rapi dan menakjubkan ini (termasuk segala macam
isinya seperti langit, bumi,manusia dan haiwan) terbentuk dengan sendirinya?

Dan mengapa kamu juga mengatakan bahawa segala peristiwa dan perubahan
di alam semesta ini terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan?"
Mendengar penjelasan itu, maka para atheis itu tercengang dan tidak
boleh memberikan jawapan.

Mereka benar-benar menghadapi suatu kenyataan yang sangat benar dan kuat.

Akhirnya, mereka pun masuk islam dihadapan Imam Abu Hanifah.

WALLAHUALAM