Pada suatu ketika dahulu, Imam Abu Hanifah (rahimahullah) sedang
berjalan menuju ke masjid bersama ahli jemaah beliau. Dalam perjalanan
tersebut, Imam Abu Hanifah (rahimahullah) terserempak dengan seorang
kanak-kanak yang sedang mengambil wudhuk di sungai sambil menangis
teresak-esak. Terpampang jelas pada wajah kanak-kanak itu air mata yang
mengalir deras jatuh ke dalam sungai lantaran tangisan yang bersangatan.
Imam berhenti dan bertanya kepada anak tersebut tentang perkara yang membuatkannya menangis sedemikian. Lalu anak kecil itu menjawab, “Biarkanlah aku dengan keadaanku ini wahai Imam.”
Imam Abu Hanifah (rahimahullah) tidak berganjak bahkan menggesa anak itu agar menceritakan juga sebabnya. Lalu si anak ini menjawab, “Aku telah membaca sepotong ayat dalam al-Quran yang mengatakan {Maka takutlah kamu kepada api neraka, yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu, yang disediakan kepada orang-orang kafir}.”
“Ya, tepat sekali wahai anakku! Tetapi engkau masih lagi anak kecil, ayat ini tidak terkena ke atasmu wahai anakku..” Jawab Imam Abu Hanifah (rahimahullah).
**Apakah reaksi kanak-kanak itu?!**
“Bukankah apabila kita hendak menyalakan api, kita letakkan dahulu kayu-kayu kecil sebelum yang besar wahai Imam?!” Tanya si anak spontan.
Tersentak. Tiada ada lagi yang mampu dijawab oleh Imam Abu Hanifah (rahimahullah) melainkan berkata kepada ahli-ahli jemaah, “Demi Allah! Sesungguhnya anak ini lebih takut kepada Allah berbanding kita semua.

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Temen2 jangan lupa Komentar na ^_^